blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, February 23, 2010

Landscape



Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa.

Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.

Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.

Landskap merujuk Kamus Landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapatdi muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu.

Landskap dibahagikan kepada dua

1. Landskap Lembut 2. Landskap Keras/Kejur

LANSKAP LEMBUT

Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen semulajadi

Seperti : 1. Tumbuhan 2. Air



LANDSKAP KERAS/KEJUR

Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras

Seperti : 1. Batu 2. Kayu 3. Simen 4. Besi 5. Fibreglass 6. Kaca

Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam


JENIS-JENIS LANDSKAP


1. Landskap Kediaman

2. Landskap Institusi

3. Landskap kawasan rekreasi

4. Landskap Kawasan Bersejarah

5. Landskap Kawasan perindustrian

6. Landskap di taman-taman tema

7. Landskap laluan/jalan


 

© Black Newspaper Copyright by Iklan | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks